20 Maret 2022

KH Turmuzi LC. kitab Riyadus Sholihin 21 Maret 2022. bab SABAR

وعن أبي إبراهيم عبد الله بن أبي أوفى رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم في بعض أيامه التي لقي فيها العدو، انتظر حتى إذا مالت الشمس قام فيهم فقال‏:‏ ‏"‏ يا أيها الناس لا تتمنوا لقاء العدو، واسألوا الله العافية، فإذا لقيتموهم فاصبروا، واعلموا أن الجنة تحت ظلال السيوف‏"‏ ثم قال النبي صلى الله عليه وسلم ‏:‏ ‏"‏ اللهم منزل الكتاب ومجري السحاب ، وهازم الأحزاب، اهزمهم وانصرنا عليهم‏"‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏ وبالله التوفيق‏.‏

Artinya :
Dari Abu Ibrahim, iaitu Abdullah bin Abu Aufa radhiallahu 'anhuma bahawa Rasulullah s.a.w. pada suatu hari di waktu beliau itu bertemu dengan musuh, beliau menantikan sehingga matahari condong - hendak terbenam - beliau lalu berdiri di muka orang banyak kemudian bersabda:

"Hai sekalian manusia, janganlah engkau semua mengharap-harapkan bertemu musuh dan mohonlah kepada Allah akan keselamatan. Tetapi jikalau engkau semua menemui musuh itu, maka bersabarlah. Ketahuilah olehmu semua bahawasanya syurga itu ada di bawah naungan pedang."

Selanjutnya Nabi s.a.w. bersabda:

"Ya Allah yang menurunkan kitab, yang menjalankan awan,

Yang menghancur-leburkan gabungan pasukan musuh. Hancur leburkanlah mereka itu dan berilah kita semua kemenangan atas mereka." (Muttafaq 'alaih)

Wabillahittaufiq (Dan dengan Allah itulah adanya pertolongan).

Keterangan:
Dalam mengulas sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:

"Syurga itu ada di bawah naungan pedang." Imam al-Qurthubi berkata:

"Ucapan itu adalah suatu petanda betapa indahnya susunan kalimat yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. Sedikit kata-katanya, tetapi luas pengertiannya. Maksudnya iaiah bahawa letak syurga itu dengan memberikan perlawanan kepada musuh, manakala mereka telah memulai menyerang kedudukan kita. Jika sudah dalam keadaan tersepit dan musuh sudah menyerbu dekat sekali dengan tempat pertahanan kita, maka tiada jalan lain, kecuali dengan beradu kekuatan, yakni pedanglah yang wajib digunakan untuk penyelesaian, menang atau kalah. Jika pedang kaum Muslimin sudah beradu dengan pedang musuh, masing-masing pihak menangkis serangan musuhnya, pedang meninggi dan merendah, sampai-sampai bayangannya nampak jelas. Naungan pedang itulah yang menyebabkan kaum Muslimin akan memperolehi kebahagiaan dalam dua keadaan:

Jika kalah dan mati, gugurlah sebagai pejuang syahid dan pasti masuk syurga tanpa dihisab. Di kalangan ummat pun menjadi harum namanya.

Jika menang dan selamat sampai dapat kembali ke rumah ia juga akan merasakan kenikmatan syurga dunia, 

Hidup dalam keluhuran dan kejayaan.



19 Maret 2022

BAKSOS KESEHATAN - RS KARUNIA KASIH & MASJID AL-MUJAHIDDIN

Alhamdulillah , telah selesai dan berjalan dengan sukses acara, bakti sosial , bekerjasama antara RS Karunia Kasih dan Masjid Al-Mujahiddin 

Hari : Jum'at  22 Maret 2022

Peserta : 60 jamaah 



BROSURE 


persiapan 

Pelaksanaan 







































7 Maret 2022

CARA PRAKTIS MENGHILANGKAN PIKIRAN STRESS (Kata Hukama) + Tata Krama, Kesabaran dan Wara



ثَلَاثَةُ اَشْيَاءَ تُفَرِّجُ الْغُصَصَ : ذِكْرُ اللهِ تَعَالَى وَلِقَاءُ اَوْلِيَائِهِ وَكَلاَمُ الْحُكَمَاءِ

 
Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebagian hukama berikut ini :
`` Tiga perkara yang dapat menghilangkan kegundahan (pikiran stres) yaitu
1. dzikir (mengingat) kepada Allah SWT.
2. Silaturrahim kepada para wali Allah dan
3. memperhatikan perkataan hukama.
(Kata-kata orang bijak. Yang menasehati dunia dan akhirat) 




Tata Krama, Kesabaran dan Wara

Sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang ulama besar dari golongan Tabi`in yang bernama Hasan Al Basri sebagai berikut :

- Barangsiapa yang tidak memiliki tata karma, berarti ia tidak berilmu, 
- barangsiapa yang tidak punya kesabaran, berarti ia tidak beragama, 
- serta barangsiapa yang tidak memiliki sifat wara` (dalam dirinya), maka tidak ada tempat baginya di sisi Tuhan. ``

Keterangan :

Sabar ada empat macam :
1. Sabar dalam menghadapi musibah.
اَلصَّبْرُ عَلَى الْمُصِيْبَةِ
2. Sabar dalam menghadapi kesulitan.
اَلصَّبْرُ عَلَى الْمُشَقَّةِ
3. Sabar dalam melaksanakan taat.
اَلصَّبْرُ عَلَى الطَّاعَةِ
4. Sabar dalam menjauhi maksiat.
اَلصَّبْرُ عَلَى الْمَعْصِيَةِ


 sifat `wara ialah hati-hati (tidak suka terhadap barang haram, makruh, dan syubhat). 
 
Syubhat adalah sesuatu yang tidak jelas halal dan haramnya. 

Maret 2022
Dr. KH. A. Murodi Saiman, M.A 
Kitab : Syarah Nashoihul 'Ibad 

popular